Popular Posts

Thursday, January 27, 2011

Aku masih dara....

Ternyata, pengarah tempatan kita mampu melahirkan filem yang berkualiti serta mampu mendidik masyarakat dengan terhasilnya, filem aku masih dara di pasaran. Baru-baru ini, pelbagai filem seram dan hantu ditayangkan di pawagan.Namun begitu, masih wujud pengarah kita yang inginkan kelainan dalam filemnya. Aku masih dara yang diarahkan oleh Ahmad Idham telah mendapat sambutan yang menggalakan terutamanya remaja. Mana tidaknya, filem ini benar-benar memaparkan realiti kehidupan sebenar remaja terutamanya, pada masa kini. filem seperti ini patut ditiru dan diperbanyakkan dalam masyarakat kita. Hal ini, kerana dalam filem ini memaparkan kehidupan remaja yang hanyut dengan dunia keseronokkan semata-mata tanpa mempedulikan agama. Namun begitu, masih terdapat seorang remaja lelaki yang datang menyelamatkan mereka daripada terus bergelumang dengan dosa.Terdapat pelbagai nilai-nilai murni dan nilai negatif yang dipaparkan dalam filem ini boleh dicontohi dan ikuti. Diharapkan filem ini dapat memberikan sedikit pendedahan kepada remaja agar sentiasa melakukan perubahan dari masa ke semasa agar kehidupan menjadi lebih baik.

Friday, December 31, 2010

Idea is very important

Idea merupakan aset yang sangat penting dalam menghasilkan sesebuah skrip filem. Dengan idea maka pengarah filem dapat menghasilkan sesebuah filem.Namun begitu, mendapatkan idea yang baik bukanlah satu pekara yang mudah. Hal ini, kerana idea yang baik datang dari seorang penulis yang skrip yang baik. Lazimnya, penulis yang baik melahirkan idea yang datang daripada pelbagai aspek antaranya, melalui pengalaman, pembacaan, pergaulan, dan kebudayaan sesebuah kaum. Kesemua ini membantu beliau mengahasilkan idea yang baik dan bernas dalam menghasilkan skrip. 

Friday, December 24, 2010

filem hantu kian menganas.....

Ternyata baru-baru ini, filem hantu semakin mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia....Mana tidaknya, filem seram ngakung dah memecah panggung dengan mendapat jumlah kutipan wang yang melebihi target...apapun, kita perlu berbangga kerana rakyat Malaysia kini kian, memberikan sokongan yang menggalakan pada filem tempatan pada kita...ini mungkin kerana filem tempatan yang dihasilkan memenuhi citarasa rakyat Malaysia.....taniah diucapkan kepada pengarah tempatan kita kerana berjaya menawan hati rakyat Malaysia....

Tuesday, December 21, 2010

filem hantu tewaskan manusia.....

Sejak akhir-akhir nie, pawagan bagaikan syurga bagi kaki penonton wayang....mana tidaknya, pelbagi cerita-cerita melayu yang menarik ditayangkan di pawagan...Antara filem yang paling laris dikatakan mendapat sambutan di pawagan ialah filem hantu kak limah......kewujudan filem hantu ini bagaikan menelan filem yang lain seperti filem "Aku masih Dara",.....mana tidaknya, ke mana saja anda pergi pasti penonton akan memperkatakan filem hantu ini.....Dahyat bukan...inilah realiti dunia perfileman....jika sesebuah filem itu dapat menawan hati penonton maka berduyun-duyunlah orang yang akan menontonnya....

Tuesday, December 14, 2010

Hantu kak limah dapat sambutan .....

Baru-baru ini ana dan temanku ku Alamanda Putrajaya niat di hati nak tontonlah filem hantu kak timah tapi nasib tidak menyebelahi kami.....sampai jer kat tempat pawagan tue, terus staf kat situ wat pengumuman bahawa tiket untuk menonton hantu kak limah dah pun habis......siap dah ada orang booking lagi...nasib3........
Namun begitu, pada hari esoknya, ana bersama temanku, pergi pula ke The Mines, Serdang alhamdulillah dapat juga ana dan teman ana dapat melihat hantu kak limah.....dah tengok tue layan gak.....apapun, ana berpendapat filem hantu kak limah membawa seribu kelainan berbanding dengan filem seram sebelum ini. Manatidaknya, dalam filem hantu kak limah membawa dua unsur iaitu seram dan jenaka.....di mana, watak yang dipengang oleh pelakon juga membawa filem ini menjadi menarik dan hidup.....