Popular Posts

Thursday, January 27, 2011

Aku masih dara....

Ternyata, pengarah tempatan kita mampu melahirkan filem yang berkualiti serta mampu mendidik masyarakat dengan terhasilnya, filem aku masih dara di pasaran. Baru-baru ini, pelbagai filem seram dan hantu ditayangkan di pawagan.Namun begitu, masih wujud pengarah kita yang inginkan kelainan dalam filemnya. Aku masih dara yang diarahkan oleh Ahmad Idham telah mendapat sambutan yang menggalakan terutamanya remaja. Mana tidaknya, filem ini benar-benar memaparkan realiti kehidupan sebenar remaja terutamanya, pada masa kini. filem seperti ini patut ditiru dan diperbanyakkan dalam masyarakat kita. Hal ini, kerana dalam filem ini memaparkan kehidupan remaja yang hanyut dengan dunia keseronokkan semata-mata tanpa mempedulikan agama. Namun begitu, masih terdapat seorang remaja lelaki yang datang menyelamatkan mereka daripada terus bergelumang dengan dosa.Terdapat pelbagai nilai-nilai murni dan nilai negatif yang dipaparkan dalam filem ini boleh dicontohi dan ikuti. Diharapkan filem ini dapat memberikan sedikit pendedahan kepada remaja agar sentiasa melakukan perubahan dari masa ke semasa agar kehidupan menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment